realme Mengacah Gelang Pintar Tersendiri, Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi Comments Off on realme Mengacah Gelang Pintar Tersendiri, Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

realme telah melancarkan sejumlah telefon pintar dalam jarak tempoh yang singkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada akhir pembentangan realme 5i, CEO syarikat sempat menunjukkan satu lagi produk kepada para penonton. Berdasarkan gambar tangkap skrin yang diambil, produk itu kelihatan seperti seutas gelang pintar kecergasan.

Terdahulu, realme pernah memaklumkan bahawa mereka bercadang mahu memfokuskan kepada tiga segmen iaitu telefon pintar, perisian, dan peranti boleh-pakai untuk tahun 2020.

Ini bermakna realme bakal hadir dengan gelang pintar tersendiri tidak lama lagi. Gelang pintar itu hadir dengan tali jam berwarna kuning yang diperbuat daripada getah silikon.

Walaupun reka bentuk jam tidak dapat dilihat sepenuhnya, sumber mendakwa muka jam ini tampil dengan rekaan segi empat tepat sama seperti gelang pintar lain di pasaran.

Namun begitu tidak dinyatakan apakah fungsi yang ditawarkan tetapi kita bakal melihat gelang pintar realme ini dilancarkan pada separuh tahun pertama tahun ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend