Realme Membuat Pengumuman Rasmi Untuk Tembusi Pasaran Malaysia Menjelang November 2018 Comments Off on Realme Membuat Pengumuman Rasmi Untuk Tembusi Pasaran Malaysia Menjelang November 2018

Pada awal bulan September yang lalu, Realme selaku sub-jenama OPPO telah mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk telefon pintar keluarannya ke pasaran Malaysia secara rasmi.

Kini penantian itu bakal menjadi kenyataan setelah pihak Realme hari ini telahpun membuat pengumuman rasmi untuk menembusi pasaran Malaysia menjelang November 2018 nanti. Menurut Josef Wang selaku Pengarah Pemasaran Realme Asia Tenggara, Malaysia telah dipilih selepas India dan Indonesia, berikutan pertumbuhan pasaran telefon pintar yang sangat tinggi iaitu mencecah sehingga 131.8%.

Untuk pengetahuan anda, siri Realme 1 sebelum ini telah habis dijual di India dalam tempoh 2 minit selepas ia dilancarkan. Manakala siri Realme 2 juga berjaya terjual sebanyak 200,000 unit dalam masa 5 minit sahaja. Ini berikutan ia menjanjikan sokongan spesifikasi yang baik pada harga yang kompetitif.

Walau bagaimanapun, buat masa ini Realme masih lagi belum mendedahkan model apa yang akan dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Realme 2 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Skrin 6.3″, Snapdragon 660 Dan RAM 8GB

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend