realme Malaysia Ingin Melancarkan XT Pada 30 Oktober Ini Comments Off on realme Malaysia Ingin Melancarkan XT Pada 30 Oktober Ini

realme ialah jenama telefon pintar yang masih baru di pasaran. Akan tetapi, sambutan yang diterimanya dilihat sangat memberansangkan atau mungkin syarikat ini terlebih meletakkan iklan di kaca skrin telefon atau televisyen anda.

Belum cukup sebulan realme 5 dan realme 5 pro berada di Malaysia, kini pihak realme Malaysia mengacah pula kehadiran peranti terbaru mereka iaitu realme XT yang dijadualkan akan dilancar pada 30 Oktober 2019.

Menurut hantaran di FB realme Malaysia, XT akan tiba dengan konfigurasi kuadkamera yang mana kamera utama dilengkapi sensor 64MP. Semakan di Lazada pula menunjukkan peranti ini akan ditawarkan secara eksklusif. Ini bermakna, pelanggan perlu mendapatkannya di Lazada sahaja ataupun hanya varian tertentu sahaja dijual di sini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend