realme Malaysia Buka Kedai Konsep Pertama Di The Mines Shopping Mall Comments Off on realme Malaysia Buka Kedai Konsep Pertama Di The Mines Shopping Mall 240

Tidak sampai setahun bertapak di pasaran Malaysia, realme selaku sub-jenama OPPO kini telah mengukuhkan kedudukannya di negara ini dengan melancarkan pembukaan kedai konsep pertamanya di The Mines Shopping Mall. Tidak cukup dengan itu, realme Malaysia turut membuka kedai imej yang ketiga di Setapak Central Mall pada hujung minggu lepas.

Kedai imej realme yang ketiga kini dibuka secara rasmi di Setapak Central Mall.

Menyedari Malaysia sebagai salah satu pasaran utama di rantau ini, realme Malaysia telah mengambil keputusan untuk membuka kedai konsep pertama dan juga kedai imej ketiganya di negara ini. Malah setakat ini realme telah memiliki sekitar 4,000 buah kedai fizikal di seluruh negara, bagi memenuhi permintaan peminatnya yang semakin berkembang.

Siri realme 5 kini didatangkan dengan sokongan empat kamera.

Bagi yang berminat untuk mencuba peranti realme, kini model kuad kamera iaitu realme 5 dan juga realme 5 Pro sudahpun mula dijual secara rasmi di negara ini pada harga bermula daripada RM599 hingga RM1099.

Baca juga:

[Ulasan] realme 5 Pro, Telefon Pintar Dengan Sokongan Empat Kamera Pertama Daripada realme

[Ulasan] realme 5 Hadir Dengan Kombinasi Skrin, Bateri Dan Ruang Storan BESAR!!!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend