Realme Malaysia Anjur Perhimpunan Peminat Buat Kali Pertama Di Realme Image Store Comments Off on Realme Malaysia Anjur Perhimpunan Peminat Buat Kali Pertama Di Realme Image Store 215

Bertempat di Realme Image Store yang terletak di pusat membeli-belah Sunway Pyramid, Realme Malaysia buat pertama kalinya telah menganjurkan perhimpunan peminatnya. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada peminat jenama Realme di sekitar Lembah Klang untuk mengenali satu sama lain dengan lebih mesra.

Realme menembusi pasaran Malaysia dengan penawaran tiga model iaitu Realme 2, Realme 2 Pro dan juga Realme C1.

Sejak menembusi pasaran tempatan pada November 2018 yang lalu, Realme telah berjaya mendapat sokongan yang positif daripada golongan pengguna remaja di negara ini. Perkara ini telah didorong oleh beberapa faktor utama iaitu spesifikasi yang baik, harga yang mampu milik dan juga rekaan yang bergaya.

Rekaan yang bergaya merupakan salah satu daya tarikan jenama Realme.

Sepanjang aktiviti ini berlangsung pada 17 Februari 2019, peminat jenama Realme turut berpeluang menyertai pelbagai hiburan dan permainan interaktif yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti fon telinga dan juga beg sandang Realme.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend