Realme Kini Menawarkan 21 Pusat Servis Di Seluruh Malaysia Untuk Sokongan Bantuan Selepas Jualan Yang Menyeluruh Comments Off on Realme Kini Menawarkan 21 Pusat Servis Di Seluruh Malaysia Untuk Sokongan Bantuan Selepas Jualan Yang Menyeluruh

Realme masih boleh dianggap antara jenama yang masih baharu dalam industri, bahkan jenama ini juga baru sahaja menembusi pasaran Malaysia pada November yang lalu dengan pelancaran tiga model iaitu Realme 2 Pro, Realme 2 dan juga Realme C1.

Dengan memfokuskan kepada aspek spesifikasi yang baik, rekaan yang cantik dan juga harga yang mampu milik, tidak hairanlah Realme telah berjaya mendapat permintaan yang positif di negara ini. Malah pengguna juga tidak perlu khuatir dengan sokongan bantuan selepas jualan kerana Realme kini menawarkan 21 pusat servis di seluruh negara (kecuali Perlis).

Carian pusat servis Realme di setiap negeri juga sangat mudah kerana pengguna boleh mengaksesnya di laman sesawang rasmi www.realme.com/my/support/services dengan hanya beberapa klik mudah. Selain itu, pengguna Realme juga boleh menghubungi pusat servis melalui beberapa cara lain termasuklah emel, panggilan hotline, laman e-dagang, dan juga media sosial.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend