realme Kekalkan Kedudukan Di Tangga Ke-7 Dalam Pasaran Telefon Pintar Global Pada Februari 2020 Comments Off on realme Kekalkan Kedudukan Di Tangga Ke-7 Dalam Pasaran Telefon Pintar Global Pada Februari 2020

Melalui laporan analisa Counterpoint Research, realme selaku jenama telefon pintar paling cepat berkembang, telah mengekalkan kedudukannya di tangga ke-7 untuk pasaran telefon pintar global untuk bulan Februari 2020.

Dengan mencatatkan perkongsian jualan telefon pintar global sebanyak 2.7%, realme telah berjaya mencatatkan pertumbuhan yang baik untuk pasaran global.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan, Samsung berada di kedudukan pertama dengan 21.9%, manakala Apple dan HUAWEI berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan 14.4% dan 13.2%.

Walau bagaimanapun disebabkan oleh wabak virus COVID-19 yang melanda dunia, jualan telefon pintar pada Februari 2020 telah mencatatkan penurunan terendah sejak Januari 2019 yang lalu.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend