realme Jenama Nombor 2 Paling Laris Dalam Jualan 3 Hari Di Lazada Sempena TBC Comments Off on realme Jenama Nombor 2 Paling Laris Dalam Jualan 3 Hari Di Lazada Sempena TBC

realme Malaysia hari ini mengumumkan satu lagi kejayaan syarikat apabila jenama mereka telah menjadi jenama nombor dua paling laris di Lazada sempena jualan hari perayaan Tahun Baharu Cina pada 13 hingga 15 Januari yang lalu.

Pengurus Jenama, Tiffany Teh berkata, “Perayaan Tahun Baharu Cina sangat istimewa untuk semua orang kerana ia menyatukan keluarga dan rakan-rakan bersama. Ini adalah visi yang jelas untuk memastikan semua peminat realme mendapatkan tawaran yang sempurna dengan harga dan hadiah percuma menakjubkan.”

Jualan promosi selama tiga hari itu turut memperlihatkan realme X2 Pro Master Edition dijual secara dalam talian buat pertama kalinya selain realme 5 Pro pula berjaya terjual dengan jumlah unit yang cukup tinggi sepanjang kempen dijalankan.

Tambahan, realme juga bakal mengadakan tawaran menarik pada 21 Januari ini untuk realme Buds Air pada harga RM199 (asal RM299) dan realme 5i dengan kotak hadiah CNY pada harga RM599 untuk 28 Januari ini.

Bagi yang berminat, sila tanda kalendar anda untuk dua hari itu untuk tidak terlepas merebut tawaran istimewa realme sempena minggu perayaan TBC.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend