realme India Dedah Rekaan Dan Fungsi realme Band Secara Rasmi – Pelancaran 5 Mac Ini Comments Off on realme India Dedah Rekaan Dan Fungsi realme Band Secara Rasmi – Pelancaran 5 Mac Ini

Di dalam majlis pelancaran realme X50 Pro 5G, realme telah mengumumkan akan melancarkan gelang kecergasan pertama keluarannya iaitu realme Band pada 5 Mac ini dengan slogan ‘Live Fit. Live Smart.’.

Menariknya hari ini rekaan dan juga fungsi realme Band telahpun didedahkan kepada umum melalui laman sesawang rasmi realme India. realme Band dengan paparan skrin berwarna yang agak besar ini akan didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu kuning, hitam dan juga hijau.

Antara fungsi dan juga ciri-ciri yang akan disokong oleh realme Band termasuklah pemantauan kadar degupan jantung masa-nyata, sokongan 9 mod sukan pilihan (termasuk Kriket, esklusif untuk pasaran India), pemantauan kualiti tidur, dan juga penerimaan notifikasi pintar seperti panggilan, SMS, teks mesej aplikasi seperti WhatsApp serta peringatan.

realme Band dengan sokongan tali silikon ini juga telah direka dengan pengiktirafan IP68 yang menjanjikan ciri kalis air. Apa yang lebih menariknya, realme Band juga boleh terus dicas menggunakan sambungan USB-A yang tersedia pada bahagian hujung gelangnya.

Menurut realme India, realme Band ini akan mula dijual untuk pasaran di India pada hari yang sama ia dilancarkan nanti.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend