Realme Dilaporkan Akan Menggantikan Antaramuka ColorOS Dengan RealmeOS Comments Off on Realme Dilaporkan Akan Menggantikan Antaramuka ColorOS Dengan RealmeOS

Realme yang merupakan sub-jenama OPPO sebelum ini telah menggunakan antaramuka ColorOS yang turut digunakan pada peranti keluaran OPPO yang lain. Perkongsian antaramuka itu mungkin akan dihentikan pada masa akan datang, selepas Realme baru-baru ini telah memfailkan hak tanda dagangan untuk ‘RealmeOS’ di Pejabat Harta Intelek United Kingdom.

Realme sebelum ini telah diperkenalkan dengan antaramuka ColorOS.

Berdasarkan daripada nama yang digunakan, ia jelas merujuk kepada sistem operasi yang akan digunakan oleh Realme untuk telefon pintar keluarannya nanti. Bahkan Realme juga sebelum ini dilaporkan akan hadir dengan kedai aplikasinya sendiri, dan penggunaan antaramuka yang dibangunkan sendiri ini sudah tentunya lebih mudah untuk diseragamkan.

Realme C1 2019 diperkenalkan dengan sokongan memori lebih besar.

Selain itu, Realme juga baru-baru ini dilihat telah melancarkan model peningkatan Realme C1 2019 untuk pasaran di India, dengan menawarkan konfigurasi memori yang lebih besar. Akan dijual pada 5 Februari nanti di India, Realme C1 2019 akan ditawarkan dalam dua varian iaitu 2GB + 32GB dan juga 3GB + 32GB.

Baca juga:

Realme Sedang Mempertimbangkan Untuk Memperkenalkan Kedai Aplikasinya Sendiri

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend