realme C3 Versi Trikamera Dilancarkan Di Thailand Comments Off on realme C3 Versi Trikamera Dilancarkan Di Thailand

realme hari ini melancarkan peranti terbaru, realme C3 versi trikamera untuk pasaran Thailand. Peranti ini menawarkan konfigurasi trikamera berbanding dwikamera yang dilancarkan di India dua minggu lalu.

realme C3 trikamera dilengkapi kamera ketiga 2MP berlensa makro selain dua kamera di atasnya masih mengekalkan sensor utama 12MP dan kedalaman 2MP. Lensa makro yang diletakkan mampu menangkap imej sedekat 4cm dari objek.

Berbeza dengan versi India yang hanya menawarkan sistem nyahkunci menggunakan wajah, versi Thailand pula mendapat naik taraf menerusi panel belakang yang menyertakan pengimbas biometrik.

Lain-lain spesifikasi nampaknya masih sama menerusi cipset MediaTek Helio G70, sistem operasi realme UI berasaskan Android 10, paparan 6.5-inci HD+, kamera swafoto 5MP, bateri 5000mAh, dan fungsi pengecasan berbalik yang boleh mengubah telefon ini menjadi sebuah powerbank.

Di Thailand, realme C3 dijual pada harga 3999 Baht atau kira-kira RM534 sebuah untuk memori 3GB+32GB, didatangkan dengan pilihan warna Blazing Red dan Frozen Blue.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend