realme C3 Tiga Kamera Sah Masuk Malaysia, Akan Dilancarkan 3 Mac 2020 Comments Off on realme C3 Tiga Kamera Sah Masuk Malaysia, Akan Dilancarkan 3 Mac 2020

Seperti yang kami jangkakan, realme Malaysia akhirnya telah mengesahkan bahawa realme C3 versi trikamera yang akan dibawa masuk ke pasaran tanah air.

Pengumuman ini telah dibuat siang tadi menerusi laman sosial realme Malaysia yang menetapkan tarikh pelancaran rasmi peranti pada awal bulan hadapan, 3 Mac 2020.

Baca: realme C3 Versi Trikamera Dilancarkan Di Thailand

Semalam, realme Thailand dan realme Indonesia menjadi negara terawal menawarkan realme C3 versi tiga kamera selepas realme India mula menjual realme C3 versi dwikamera awal bulan ini.

Daripada segi spesifikasi, realme C3 hadir dengan cip pemproses MediaTek Helio G70, paparan 6.5-inci, bateri 5000mAh, tiga kamera belakang AI, dan didatangkan juga fungsi pengecasan berbalik seperti sebuah powerbank.

Jika di Indonesia, ia ditawarkan dalam pilihan warna Frozen Blue dan Blazing Red. Untuk pasaran Malaysia, masih belum boleh dipastikan lagi sama ada mempunyai pilihan warna lain.

Baca: realme C3 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Helio G70, Bateri 5000mAh Dan Skrin 6.5 Inci HD+

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend