realme C3 Kini Rasmi Pada Harga RM499, Telefon Pintar Pertama Malaysia Dengan Cip MediaTek Helio G70 Comments Off on realme C3 Kini Rasmi Pada Harga RM499, Telefon Pintar Pertama Malaysia Dengan Cip MediaTek Helio G70

Hari ini realme Malaysia telahpun melancarkan ahli baharu siri realme C dengan realme C3 yang memfokuskan 4 ciri utama iaitu Prestasi, Bateri, Paparan dan Kamera. Menariknya ia merupakan model pertama dalam pasaran tempatan menyokong cipset MediaTek Helio G70.

Hadir dengan paparan skrin IPS LCD HD+ berukuran 6.5 inci, memori 3GB + 32GB dengan slot kad microSD dedikasi sehingga 256GB, dan juga dioperasikan oleh realme UI berasaskan Android 10. Ia juga turut didatangkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh dengan port pengecasan microUSB.

Keupayaan penggambaran realme C3 tersedia dengan lensa depan 5MP, dan tiga kamera beresolusi 12MP + 2MP +2MP dengan lensa utama yang menyokong aperture f/1.8. Ia juga berupaya menyokong zum sehingga 4x dan juga lensa makro untuk penggambaran objek pada jarak dekat.

Manakala dari segi penggambaran, realme C3 didatangkan dengan mod HDR, rakaman video gerak perlahan 120fps, Chroma Boost, kecantikan AI, bokeh, dan ciri Panoselfie.

realme C3 ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Blazing Red dan Frozen Blue. Ia akan dijual pada harga RM499 bermula hari ini (3 Mac 2020), jam 6 petang. Pembelian hari pertama secara atas talian akan turut menerima 6 bulan jaminan waranti tambahan.

Jualan di kedai fizikal akan bermula 7 Mac 2020, dan pembelian pada hari pertama akan turut diberikan dengan 6 bulan jaminan waranti tambahan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend