realme C3 Habis Terjual Dalam Tempoh 12 Minit Pada Hari Pertama Jualannya Di Malaysia Comments Off on realme C3 Habis Terjual Dalam Tempoh 12 Minit Pada Hari Pertama Jualannya Di Malaysia

realme Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar bajet terbaharu keluarannya iaitu realme C3 untuk pasaran tempatan. Dengan harga jualan RM499, ia telahpun dijual secara atas talian bermula jam 6 petang semalam.

Ternyata sambutan realme C3 di negara ini adalah sangat positif apabila kesemua unit yang ditawarkan telah habis dijual dalam tempoh 12 minit sahaja. Rekod jualan yang sangat baik ini mungkin dibantu oleh tawaran eksklusif yang mana setiap unit yang dibeli akan turut menerima 6 bulan jaminan waranti tambahan (selain jaminana waranti asal selama 1 tahun).

Apa yang lebih istimewanya, pembeli pertama realme C3 dalam warna Frozen Blue telah menerima tempahan yang dibuat seawal jam 7 petang semalam. Malah penghantaran dibuat sendiri oleh CEO realme iaitu Hunter Wang dan juga Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme.

Mr Chien Yoon Seong merupakan pembeli realme C3 pertama di Malaysia.

Spesifikasi realme C3:

  • realme UI (Android 10)
  • MediaTek Helio G70 (12nm)
  • ARM Mali-G52 MC2
  • 3GB + 32GB
  • Slot kad microSD dedikasi sehingga 256GB
  • 6.5 inci IPS LCD HD+ (1600 x 720 piksel)
  • Kamera utama: 12MP (f/1.8, PDAF) + 2MP (Portrait) + 2MP (Macro)
  • Kamera depan: 5MP (f/2.4)
  • 5000mAh (10W)
  • WiFi 802.11n (2.4GHz), Bluetooth 5.0, microUSB, bicu audio 3.5mm
  • Accelerometer, Light sensor, Magnetic induction sensor, Proximity, GPS/Beidou/Glonass/A-GPS
  • Pengimbas cap jari, pengecaman wajah
  • 164.4 x 75 x 8.95mm / 195g
  • Pilihan warna: Frozen Blue, Blazing Red

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend