Realme C2 Turut Ditawarkan Pada Harga Kurang RM500 Di Malaysia Comments Off on Realme C2 Turut Ditawarkan Pada Harga Kurang RM500 Di Malaysia 315

Bersama-sama pelancaran Realme 3 Pro sebentar tadi, pihak Realme turut mengumumkan ketersediaan Realme C2 di negara ini. Ia merupakan telefon pintar kelas permulaan yang menawarkan spesifikasi yang ditingkat taraf daripada model terdahulu Realme C1.

Bercakap tentang spesifikasi, Realme C2 hadir dengan paparan dinamakan Dewdrop Full Screen 6.1-inci HD+. Disasarkan kepada pengguna ringan, telefon pintar ini mengenakan perkakasan dalaman seperti cip pemproses MediaTek Helio P22, sistem operasi ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie, bateri 4,000mAh, sokongan dwi-SIM VoLTE, dan tiga slot kad (nano+nano+microSD).


Realme C2 juga didatangkan dengan dwi-kamera belakang 13MP+2MP dengan mod penggambaran Chroma Boost (seperti Realme 3 Pro) bersama 5MP kamera depan dengan sokongan AI. Kamera ini juga berupaya merakam video gerak perlahan pada 80fps/480fps.

Warna yang ditawarkan pula adalah Diamond Blue dan Diamond Black dengan harga jualan RM429 (2GB+16GB) dan RM499 (3GB+32GB) seunit. Ia boleh didapati bermula pada 18 Mei 2019 di kedai-kedai sah seluruh Malaysia sementara di Shopee dan Lazada mulai 21 Mei 2019.

Baca juga:

Realme C2 Turut Dilancarkan Dengan Helio P22, Dwi Kamera, Bateri 4000 mAh dan Tiga Slot Kad

Realme C2 Mungkin Akan Diperkenalkan Di Malaysia Pada Majlis Pelancaran Realme 3 Pro

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend