Realme C2 Turut Dilancarkan Dengan Helio P22, Dwi Kamera, Bateri 4000 mAh dan Tiga Slot Kad Comments Off on Realme C2 Turut Dilancarkan Dengan Helio P22, Dwi Kamera, Bateri 4000 mAh dan Tiga Slot Kad

Serentak dengan pelancaran Realme 3 Pro di majlis yang berlangsung di India, Realme turut memperkenalkan model mampu miliknya yang terbaharu iaitu Realme C2.

Disasarkan untuk segmen pasaran lebih mampu milik, Realme C2 telah dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio P22 (12nm), dan dioperasikan oleh ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie. Lebih menariknya, ia turut disertakan dengan tiga slot kad berasingan yang menyokong ciri Dual VoLTE.

Realme C2 juga menawarkan paparan skrin 6.1 inci HD+ yang memiliki rekaan takuk kecil, bateri berkapasiti 4000 mAh, dwi kamera utama 13MP + 2MP dengan mod Chroma Boost, kamera depan 5MP AI yang menyokong fungsi pengecaman wajah, dan juga keupayaan rakaman video gerak perlahan 80fps/480fps.

Hadir dengan panel belakang dengan kemasan potongan berlian yang kelihatan lebih premium, Realme C2 tersedia dalam dua warna iaitu Diamond Blue dan Diamond Black. Varian 2GB + 16GB dijual pada harga Rs.5,999 (kira-kira RM356) dan varian 3GB + 32GB pula berharga Rs.7,599 (kira-kira RM475).

Baca juga:

Realme 3 Pro Dilancarkan Dengan Sokongan Snapdragon 710, Bateri 4045 mAh dan HyperBoost 2.0

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend