Realme C2 Mungkin Akan Diperkenalkan Di Malaysia Pada Majlis Pelancaran Realme 3 Pro Comments Off on Realme C2 Mungkin Akan Diperkenalkan Di Malaysia Pada Majlis Pelancaran Realme 3 Pro

Realme 3 Pro dijadualkan akan dilancarkan di negara ini pada 14 Mei 2019. Ia telahpun diumumkan dalam satu sesi pengenalan peranti kepada media tempatan minggu lalu. Hari ini, Realme Malaysia melalui satu emel peringatan kepada kami telah memaklumkan bahawa pihaknya mungkin akan memperkenalkan satu lagi model terbaru pada majlis pelancaran Realme 3 Pro minggu hadapan.

Mengikut tekaan kami, telefon pintar yang dimaksudkan adalah mungkin Realme C2 memandangkan peranti tersebut telah dilancarkan di India dalam majlis yang sama Realme 3 Pro dilancarkan.

Realme C2 membawakan tanda harga yang sangat mampu milik di India, jadi tidak mustahil untuk pihak Realme menawarkannya kepada pengguna di Malaysia. Realme C2 tampil dengan rekaan skrin 6.1-inci beresolusi HD+ dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 89.35%. Dengan bezel yang nipis sekaligus menjadikan C2 sebagai telefon pintar kelas permulaan yang memiliki reka bentuk yang segar.

Dikuasakan cipset MediaTek Helio P22, ia turut memuatkan memori 2GB RAM dan 16GB ROM dan 3GB RAM dan 32GB ROM. Bateri 4,000mAh yang menjana peranti turut menjalankan sistem operasi terbaru Android 9.0 Pie. Realme C2 menyediakan tiga slot kad disamping menyokong ciri dwi-VoLTE. Kamera pula dilengkapi sensor 13MP + 2MP di belakang dan 5MP di sebelah depan.

Realme C2 diumumkan pada harga Rs.5,999 (~RM359) untuk varian asas dan Rs.7,599 (~RM455) untuk varian teratas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend