Realme C2 Dengan Storan Lebih Besar Akan Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM399 Comments Off on Realme C2 Dengan Storan Lebih Besar Akan Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM399 397

C2 ialah model telefon pintar yang paling mampu milik ditawarkan oleh pihak Realme Malaysia. Ia hadir dengan memori 2GB RAM dan 16GB storan, menjadikan ia sebuah peranti yang cukup berbaloi dengan harganya pada masa ia mula dilancarkan.

Hari ini, Realme Malaysia tampil mengumumkan bahawa Realme C2 dengan variasi memori yang lebih besar akan mula dijual tidak lama lagi. Bermula 14 Ogos 2019, orang ramai boleh mendapatkan Realme C2 (2GB+32GB) pada harga RM399 eksklusif hanya di kedai rasmi di Lazada.

Realme C2 disasarkan kepada pengguna ringan, telefon pintar ini mengenakan perkakasan dalaman seperti cip pemproses MediaTek Helio P22, sistem operasi ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie, bateri 4,000mAh, sokongan dwi-SIM VoLTE, dan tiga slot kad (nano+nano+microSD).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend