Realme C2 Akan Dijual Pada Harga RM349 Pada 5 Ogos Di Shopee Sempena Promosi ‘Realme DAY’ Comments Off on Realme C2 Akan Dijual Pada Harga RM349 Pada 5 Ogos Di Shopee Sempena Promosi ‘Realme DAY’

Bersempena meraikan ketibaan bulan kemerdekaan negara ini, Realme Malaysia dengan kerjasama Shopee telah mengumumkan pelancaran promosi ‘Realme DAY’ yang akan berlangsung pada 5 Ogos 2019 nanti.

Pada hari promosi tersebut, telefon pintar mampu milik iaitu Realme C2 yang sebelum ini telah dilancarkan serentak dengan model Realme 3 Pro akan dijual pada harga hanya RM349 (harga asal RM429), eksklusif hanya di Shopee. Dilengkapi dengan skrin 6.1 inci DewDrop, ia telah dikuasakan dengan cipset Helio P22, memori 2GB, storan 16GB, dan juga bateri berkapasiti 4000mAh.

Menariknya 50 pembeli terawal pada 5 Ogos 2019 akan turut menerima hadiah istimewa iaitu kad microSD 32GB dan juga botol air Realme yang bernilai RM59.90 secara percuma.

Manakala peminat Realme di sekitar Kota Bharu, Kelantan, boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti ring toss, claw machine dan juga e-racing yang menawarkan pelbagai hadiah percuma. Kesemua aktiviti ini akan diadakan pada 6 hingga 12 Ogos 2019 nanti, bersempena jerayawara (roadshow) yang akan berlangsung di AEON Mall Kota Bharu.

  • Beli secara eksklusif di Shopee 

Tonton video buka kotak Realme C2:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend