Realme C1 Mula Dijual Pada 22 November – Berharga RM399 Untuk Tempoh Terhad 0 393

Jenama Realme yang baru memasuki pasaran telefon pintar Malaysia telah berjaya menambat hati ramai orang. Tidak dinafikan harga yang ditawarkan pula adalah sangat mesra dompet serta mampu dimiliki. Selepas Realme 2 Pro mula dijual pada 11 November lepas, kini tiba giliran Realme C1 pula.

Realme C1 akan berada di Lazada bermula 22 November ini dan bersempena dengan penjualan pertamanya, anda boleh dapatkan peranti ini pada harga RM399 (asal RM449). Tawaran sehingga 22 Disember ini boleh dibeli bermula pada jam 10 pagi di kedai dalam talian Realme di Lazada.

Realme juga menyatakan peranti ini adalah ‘raja kelas permulaan’ kerana ia memiliki spesifikasi seperti paparan bersaiz 6.2-inci, bateri berkapasiti 4,230mAh, cipset Snapdragon 450, dwi kamera 13MP + 2MP, serta fungsi nyahkunci peranti menggunakan wajah. Realme C1 didatangkan dengan dua pilihan warna Mirror Black dan Navy Blue.

Bagi mereka yang inginkan Realme C1 pada harga yang lebih murah, anda perlu ‘Follow’ kedai Realme di Lazada dan sebaik ia telah mencecah 10,000 pengikut, empat unit Realme C1 akan dijual pada harga RM1 sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend