realme C1 Merupakan Antara Empat Model Yang Tidak Akan Menerima Kemas Kini Android 10 Comments Off on realme C1 Merupakan Antara Empat Model Yang Tidak Akan Menerima Kemas Kini Android 10 95

Pada penghujung bulan November yang lepas, realme baru sahaja mendedahkan senarai telefon pintar keluarannya yang akan menerima kemas kini Android 10 secara rasmi. Namun berdasarkan pendedahan tersebut, tidak semua model realme dilihat tersenarai untuk menerima antaramuka baharu daripada realme.

Berikutan daripada perkara itu, ada di antara pemilik realme di India telah meminta realme untuk memberikan kemas kini ColorOS 7 berasaskan Android 10 untuk model realme 1, realme U1, realme C1 dan juga realme 2.

Namun melalui komen yang dibalas di Twitter, pihak realme India telah mengesahkan bahawa keempat-empat model yang disenaraikan itu tidak akan menerima kemas kini tersebut. Malah pihak realme India juga dilihat tidak mengulas lanjut sebab mengapa realme 1, realme U1, realme C1 dan juga realme 2 tidak akan menerima kemas kini berasaskan Android 10.

Baca juga:

realme Mungkin Akan Keluar Dari OPPO, Kini Sedang Membangunkan Ekosistem Tersendiri

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend