realme Buds Air Sokong Pengecasan Tanpa Wayar, Harga Kurang Daripada RM300 Comments Off on realme Buds Air Sokong Pengecasan Tanpa Wayar, Harga Kurang Daripada RM300

Tempoh hari kita telah diperlihatkan dengan fon telinga TWS daripada realme iaitu realme Buds Air yang mana reka bentuknya hampir menyamai Apple AirPods. Selain daripada menggunakan pemacu audio 12mm berserta sokongan Bluetooth 5.0, terkini realme Buds Air turut disahkan menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar.

Menurut portal rasmi realme India, realme Buds Air boleh dicas menggunakan mana-mana pad pengecasan tanpa wayar Qi di pasaran. Manakala hidustantimes pula melaporkan realme bakal menawarkan realme Buds Air di India tidak lama lagi dengan tanda harga Rs4999 (~RM292) seunit.

Berkenaan ketersediaannya di Malaysia, sehingga kini kami masih belum menemui sebarang petanda sama ada ia akan dibawa masuk ataupun tidak. Memandangkan pasaran Malaysia adalah pasaran kedua realme selepas India, besar kemungkinan ia akan ditawarkan pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend