realme Buds Air Pecah Rekod, Terjual 300 Unit Dalam Masa 1 Minit Comments Off on realme Buds Air Pecah Rekod, Terjual 300 Unit Dalam Masa 1 Minit

Jualan pertama realme Buds Air tempoh hari telah mendapat sambutan hangat dari orang ramai apabila kesemua 1000 unit telah habis terjual kurang dari setengah jam sahaja.

Jualan yang bermula tepat jam 12 tengah malam di kedai rasmi realme dalam Shopee itu turut menunjukkan seminit pertama berjaya dijual sebanyak 300 unit.

realme memaklumkan ia adalah pencapaian besar mereka setakat ini memandangkan belum pernah ada produk aksesori realme dapat dijual selaris realme Buds Air.

Antara faktor yang membuatkan produk ini seperti ‘pisang goreng panas’ adalah potongan harga yang diberikan. Pada hari tersebut realme Buds Air ditawarkan pada harga RM199, seratus ringgit lebih murah berbanding harga asalnya.

realme Buds Air ialah fon telinga tanpa wayar sebenar yang juga sebagai TWS pertama daripada realme. Reka bentuknya mirip seperti Apple AirPods malah turut menyokong mod permainan, pengecasan tanpa wayar, pemacu audio ber-bes tinggi, sambungan automatik, kawalan sentuhan, dwi mikrofon untuk panggilan, main semula muzik selama 17 jam, dan ciri pengesanan pakai.

realme Buds Air menggunakan Bluetooth 5.0 maka ia boleh ditambat pada mana-mana telefon pintar sama ada Android mahupun iOS. Jika anda mahu memilikinya, ia boleh didapati pada harga RM299 sebuah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend