Realme Buat Kemunculan Pertama Di Malaysia Dengan Pelancaran Realme 2 Pro, Realme 2 Dan Realme C1 0 312

Hari ini Realme Malaysia telah melancarkan secara rasmi tiga model terbaharunya untuk pasaran tempatan yang disasarkan dalam segmen harga yang kompetitif iaitu Realme 2 Pro, Realme 2 dan juga Realme C1.

Realme 2 Pro

Tampil sebagai model tertinggi di antara ketiga-tiga model yang dilancarkan, Realme 2 Pro hadir dengan paparan skrin Corning Gorilla Glass berukuran 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel). Malah sokongan rekaan takuk kecil mirip seperti titisan air turut menjanjikan nisbah skrin-ke-kerangka yang lebih baik iaitu mencecah 90.8%. Dari segi pengoperasiannya pula, ia dijana dengan Qualcomm Snapdragon 660 dengan kombinasi memori mencecah sehingga 8GB + 128GB.

Keupayaan penggambarannya pula tersedia dengan dwi lensa utama bereolusi 16MP (f/1.7, Sony IMX398) + 2MP, manakala kamera swafotonya pula hadir dengan lensa 16MP (f/2.0, AI Beauty Selfie). Untuk ketahanan pengoperasian pula ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3500 mAh.

Dua warna pilihan iaitu Black Sea dan Ice Lake.
  • 4GB + 64GB – RM849
  • 6GB + 64GB – RM949
  • 8GB + 128GB – RM1099
  • Dijual secara eksklusif hanya di Shopee bermula 11 November 2018 ini
  • Beli di https://shopee.com.my/realme.os

Realme 2

Model ini memiliki saiz skrin yang sedikit lebih kecil iaitu berukuran 6.2 inci HD+ (1520 x 720 piksel) dengan rekaan takuk lebih besar dan juga nisbah skrin-ke-kerangka sekitar 88.8%. Ia juga dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 450, kombinasi memori sehingga 4GB + 64GB, dan juga bateri berkapasiti 4230 mAh.

Realme 2 juga turut menyokong dwi kamera utama tetapi dengan sokongan resolusi lebih rendah iaitu 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4), manakala untuk swafoto ia hadir dengan kamera beresolusi 8MP (f/2.2). Sama seperti Realme 2 Pro, ia juga tersedia dengan tiga kaedah keselamatan biometrik iaitu Face Unlock, pengimbas cap jari dan Smart Lock.

Realme 2 ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Diamond Black dan Diamond Red.
  • 3GB + 32GB – RM599
  • 4GB + 64GB – RM699
  • Akan dijual bermula 24 November 2018 ini di seluruh negara

Realme C1

Realme C1 pula merupakan model paling mampu milik ditawarkan oleh Realme Malaysia dan ia masih dikuasakan dengan pemproses yang sama seperti Realme 2 iaitu Qualcomm Snapdragon 450. Malah ia juga menyokong rekaan takuk dan juga saiz skrin yang sama iaitu 6.2 inci HD+ (1520 x 720 piksel), serta kapasiti bateri sebesar 4230 mAh.

Keupayaan penggambaran dwi kamera yang disokong oleh Realme C1 juga kekal sama seperti Realme 2, tetapi resolusi kamera hadapannya tampil lebih kecil dengan resolusi 5MP (f/2.2). Memandangkan ia tidak dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari, anda hanya boleh menggunakan kaedah keselamatan biometrik Face Unlock dan Smart Lock sahaja.

Realme C1 hadir dalam dua warna pilihan iaitu Mirror Black dan Navy Blue.

 

Baca juga:

Harga Promosi Untuk Realme 2 Pro Dan Realme C1 Ditawarkan Untuk Tempoh Terhad

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend