Realme Adakah 2 Hari Keramat Untuk Mereka Yang Inginkan Potongan Harga Peranti Comments Off on Realme Adakah 2 Hari Keramat Untuk Mereka Yang Inginkan Potongan Harga Peranti

Realme dengan kerjasama Shopee bakal mengadakan kempen ‘Realme Fans Festival’ tidak lama lagi iaitu pada 6 dan 7 Mac 2019. Kempen ini ialah kempen promosi yang mana Realme akan menawarkan sejumlah produk mereka termasuk telefon pintar pada harga yang lebih rendah.

Pada masa sama, Realme turut menjalinkan kerjasama dengan kumpulan Hotel Lexis dalam menyediakan penginapan kepada pelanggan bertuah Realme sepanjang kempen promosi. Difahamkan, pelanggan berpeluang akan memenangi hadiah berupa penginapan 2H1M di Hotel Lexis/Grand Lexis, Port Dickson.

Tidak disebutkan berapa pemenang yang akan dipilih tetapi Realme dan kumpulan Hotel Lexis telah memperuntukkan sebanyak RM20,000 untuk hadiah penginapan ini. Peraduan ini dijalankan di tiga platfom iaitu di facebook Realme Malaysia, stor rasmi Realme di Shopee, dan beberapa platfom media Shopee.

Facebook Realme Malaysia – pelanggan yang membeli mana-mana peranti Realme (Realme C1, Realme 2, Realme 2 Pro) layak untuk memenangi baucar 2 Hari 1 Malam dengan sarapan pagi untuk 2 orang di Sky Pool Villa, Grand Lexis Port Dickson bernilai lebih RM2,332. Lapan pemenang akan dipilih di platfom ini. Caranya adalah dengan:

Langkah 1: Kongsi gambar pembelian anda sebagai bukti di facebook anda sendiri dan tetapkan profil kepada public.
Langkah 2: Guna tagar #RealmeFansFes
Langkah 3: Tunggu hingga pengumuman pemenang.

Stor Rasmi Realme di Shopee – Dua pemenang bertuah akan memenangi penginapan 2 Hari 1 Malam dengan sarapan pagi di Premium Tower Seaview, Lexis Port Dickson bernilai RM816.20. Pelanggan yang banyak berbelanja berpeluang besar untuk memenangi hadiah ini. Maklumat lanjut boleh klik di sini.

Platfom Media Shopee – Shopee juga menganjurkan peraduan ini di laman Facebook dan Instagram mereka. Beberapa pemenang akan dipilih melalui platfom ini untuk berpeluang menerima baucar daripada Lexis Port Dickson. Semak pautan ini untuk maklumat lanjut.

Produk

RAM + ROM

Harga Runcit

Harga ‘Realme Fans Festival’

Realme C1

2GB + 16GB

RM 449

RM 399

2GB + 32GB

RM 469

RM 469

Realme 2

3GB + 32GB

RM 549

RM 549

4GB + 64GB

RM 659

RM 659

Realme 2 Pro

4GB + 64GB

RM 849

RM 699

6GB + 64GB

RM 949

RM 799

8GB + 128GB

RM 1099

RM 899

Realme Earbuds

RM 39

RM 29

Realme Bagpack

RM 199

RM 149

Realme T-shirt

RM 39.90

RM 9.90

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend