Realme A1 Dipercayai Bakal Dilancarkan Pada Suku Pertama 2019 Untuk Segmen Telefon Pintar Bajet Comments Off on Realme A1 Dipercayai Bakal Dilancarkan Pada Suku Pertama 2019 Untuk Segmen Telefon Pintar Bajet

Melalui pendedahan eksklusif yang di buat oleh blog droidshout, Realme telah dilaporkan bakal hadir dengan satu lagi model terbaharunya yang disasarkan untuk segmen telefon pintar bajet iaitu Realme A1. Berdasarkan perkongsian blot itu lagi, Realme A1 dikatakan akan dijual pada harga yang lebih mampu milik berbanding model Realme U1 yang baru sahaja dilancarkan pada hujung November lalu.

Sungguhpun begitu buat masa ini masih belum ada sebarang gambar Realme A1 yang berjaya diperolehi, tetapi ia dijangka akan tampil dengan rekaan skrin bertakuk kecil yang dikenali sebagai ‘Dewdrop’ sama seperti model Realme U1. Memandangkan Realme U1 dijana dengan pemproses 12nm daripada MediaTek Helio P70, ada kemungkinan Realme A1 akan menyokong versi pemproses yang lebih rendah daripada itu.

Realme A1 dijangka menyokong rekaan takuk jenis ‘Dewdrop’.

Realme A1 juga dipercayai akan menyokong dwi kamera dan juga kamera swafoto berkeupayaan AI, dan ia dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada suku pertama tahun 2019 nanti di India.

Sumber

Baca juga:

Realme U1 Dengan Kamera Swafoto 25MP Dan Dikuasakan Oleh MediaTek Helio P70 Kini Rasmi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend