realme 6 Versi Naik Taraf Akan Dilancarkan Di Malaysia 28 April Ini Comments Off on realme 6 Versi Naik Taraf Akan Dilancarkan Di Malaysia 28 April Ini

realme mempunyai pelbagai variasi telefon pintar dan kesemuanya dijual pada harga yang kompetitif – realme 6 antara yang tersenarai. Peranti itu telah dilancarkan di Malaysia bulan lepas dan ia menawarkan skrin dan cip pemproses yang berupaya untuk memainkan permainan mudah alih dengan lebih lancar.

Kini, realme Malaysia mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan versi naik taraf untuk pasaran tempatan. Versi terbaru itu dilengkapi memori 8GB RAM berbanding 4GB RAM pada versi sedia ada sekaligus dapat melincinkan lagi pengalaman hiburan.

Pelancaran realme 6 8GB+128GB boleh ditonton secara striman langsung di Facebook realme Malaysia pada 28 April 2020, jam 10 pagi.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend