realme 6 Varian 8GB RAM Berharga RM1199 Akan Dijual Bermula 2 Mei 2020 Comments Off on realme 6 Varian 8GB RAM Berharga RM1199 Akan Dijual Bermula 2 Mei 2020

Seperti yang telah dijanjikan, hari ini realme 6 telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan dengan sokongan kapasiti RAM yang lebih besar iaitu 8GB. Manakala ruang storan peranti ini masih kekal sama seperti varian 4GB iaitu sebesar 128GB.

realme 6 varian 8GB RAM ini akan ditawarkan pada harga RM1,199 dan ia akan mula dijual secara rasmi untuk pasaran tempatan bermula 2 Mei 2020. Menariknya ia akan turut menerima jaminan waranti tambahan selama 6 bulan.

Bagi yang berminat realme 6 varian 8GB RAM ini boleh dimiliki melalui realme Flagship Store di Lazada dan juga pengedar yang sah di seluruh negara.

Spesifikasi realme 6 varian 8GB RAM:

  • realme UI (Android 10)
  • MediaTek Helio G90T
  • 8GB + 128GB
  • 6.5 inci IPS FHD+
  • Kadar segar semula skrin 90Hz
  • Kamera depan: 16MP (f/2.0)
  • Kamera utama: 64MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (B&W) + 2MP (Macro)
  • 4300mAh (30W Flash Charge)
  • Pilihan warna: Comet Blue, Comet White

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend