realme 6 Pro Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 11 Mei 2020 Comments Off on realme 6 Pro Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 11 Mei 2020

Selepas melancarkan model telefon pintar realme 6 dan juga realme 6i untuk pasaran tempatan, kini realme Malaysia telah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi model paling dinanti-nantikan iaitu realme 6 Pro pada 11 Mei 2020 nanti.

Memandangkan Malaysia masih lagi dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat, acara pelancaran realme 6 Pro ini akan dibuat melalui penstriman langsung pada jam 11 pagi di Facebook realme Malaysia.

realme 6 Pro akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 720G, skrin 90Hz berukuran 6.6 inci FHD+, kuad kamera 64MP dengan keupayaan zum sehingga 20x dan juga menyokong teknologi pengecasan pantas 30W.

Untuk mengetahui harga jualan rasmi realme 6 Pro di Malaysia, nantikan laporan lanjut daripada kami pada 11 Mei 2020 nanti.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend