realme 6 Dan realme 6 Pro Kini Rasmi – Skrin 90Hz, Kuadkamera 64MP, Pengecasan 30W, Comments Off on realme 6 Dan realme 6 Pro Kini Rasmi – Skrin 90Hz, Kuadkamera 64MP, Pengecasan 30W,

realme 6 dan realme 6 Pro dilancarkan secara rasmi hari ini memperlihatkan tingkat taraf drastik melalui spesifikasi peranti.

realme 6 Pro

realme 6 Pro dikuasakan cipset terbaru Snapdragon 720G dibina diatas pemperoses 8nm dengan kekuatan memori 6GB atau 8GB RAM. Peranti ini dipadankan paparan LCD 6.6-inci 90Hz beresolusi FHD+ dengan lubang kamera depan dwiswafoto menerusi kamera 16MP f/2.0 Sony IMX471 dan 8MP ultralebar.

realme 6 Pro menyertakan kamera belakang yang menarik iaitu 64MP utama, 12MP telefoto, 8MP ultralebar, dan 2MP makro. Kamera ini menyokong ciri penstabilan UIS dan UIS Max Video Stabilization.

realme 6 Pro hadir bersama bateri berkapasiti 4300mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 4.0 30W, kesemuanya dijalankan di bawah sistem operasi realme UI berasaskan Android 10. Untuk pasaran India, ia menyertakan sistem navigasi satelit India yang dipanggil NavIC.

realme 6

Beralih ke varian asas, realme 6 hadir dengan cip pemproses MediaTek Helio G90T diatas cip 12nm selain didukung memori hingga 8GB serta storan UFS 2.0 64GB atau 128GB. Peranti dijana bateri 4300mAh dengan sistem pengecasan yang sama seperti varian Pro.

realme 6 membawakan paparan LCD 6.5-inci yang sama dapat dilihat pada realme 5. Namun kali ini resolusinya telah dipertingkatkan daripada HD+ kepada FHD+. Selain dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 3, kamera swafoto 16MP f/2.0 juga turut diletakkan bersama didalam lubang skrin.

realme 6 menampilkan konfigurasi kuadkamera 64MP dari sensor Samsung ISOCELL GW1, 8MP f/2.3 ultralebar, lensa makro 2MP, serta unit sensor 2MP B&W untuk memperkemaskan penggambaran potret.

realme 6 Pro dijual di India mulai 13 Mac secara atas talian pada harga:

  • 6GB+64GB – INR16999 (~RM967)
  • 6GB+128GB – INR17999 (~RM1024)
  • 8GB+128GB – INR18999 (~RM1080)

realme 6 dijual di India mulai 11 Mac secara atas talian pada harga:

  • 4GB+64GB – INR12999 (~RM740)
  • 6GB+128GB – INR14999 (~RM853)
  • 8GB+128GB – INR15999 (~RM910)

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend