realme 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 22 Mac Ini Comments Off on realme 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 22 Mac Ini

realme 6 dan realme 6 Pro telah diketahui spesifikasinya apabila kedua-dua peranti ini telah diperkenalkan di pasaran India awal bulan ini.

Hari ini, realme Malaysia telah mengumumkan kehadiran dua peranti tersebut untuk pasaran tanah air. Pelancaran atas talian akan dibuat pada hari Ahad ini, 22 Mac 2020.

Bagi yang mahu menonton acara pelancaran ini, anda boleh ke saluran YouTube dan Facebook realme Malaysia tepat pada jam 8.30 malam.

Antara yang menarik ditawarkan pada realme 6 ialah skrin 90Hz, cipset MediaTek Helio G90T, dan realme 6 Pro dengan skrin 90Hz, cipset Snapdragon 720G, dan dwikamera depan. Kedua-duanya dilengkapi pengecasan 30W, kamera belakang 64MP, dan memori hingga 8GB RAM.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend