realme 5i Dan realme Buds Air Kini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM599 Dan RM299 Comments Off on realme 5i Dan realme Buds Air Kini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM599 Dan RM299

Hari ini realme Malaysia telah melancarkan duabl produk terbaharunya iaitu realme 5i dan juga realme Buds Air untuk pasaran tempatan.

realme Buds Air

Buat pertama kalinya realme telah menawarkan produk TWS dengan kehadiran realme Buds Air. Dilengkapi dengan cip Custom R1 dan sambungan Bluetooth 5.0, ia mampu menjanjikan pengalaman audio terbaik dan juga sambungan pantas yang lebih stabil.

Dioptimumkan untuk pengalaman permainan terbaik, sokongan Mod Permainan berupaya memastikan kependaman rendah (low latency) iaitu hanya 119.3ms.

Dilengkapi sokongan dwi mirofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation, realme Buds Air menjanjikan tahap kejelasan suara walaupun dalam persekitaran bising.

Hadir dengan port USB-C, realme Buds Air menyokong ketahanan bateri sehingga 17 jam. Selain itu ia juga hadir dengan kawalan sentuhan dan juga ciri pembantu digital daripada Google Assistant.

realme 5i

Dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 665 (11nm), realme 5i turut dijana dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang boleh dicas menggunakannya kabel microUSB berkuasa 10W.

Sama seperti realme 5, model ini turut didatangkan dengan kuad kamera beresolusi 12MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Portrait) + 2MP (Ultra Macro). Namun begitu lensa depan telah dikurangkan kepada hanya 8MP.

Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Aqua Blue dan Green Forest, realme 5i ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 4GB + 64GB.

Harga dan Ketersediaan:

  • realme Buds Air – RM299

 

  • Jualan online pertama di Shopee bermula 21 Januari 2020 (12 tengah malam) pada harga RM199
  • realme 5i – RM599

  • Jualan online pertama di Lazada bermula 28 Januari 2020 (12 tengah malam)
  • Jualan offline pertama 18 Januari 2020

 

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend