realme 5 Varian 4GB + 128GB Ditawarkan Pada Harga RM649, Hanya Di Lazada Pada 12 Disember Ini Comments Off on realme 5 Varian 4GB + 128GB Ditawarkan Pada Harga RM649, Hanya Di Lazada Pada 12 Disember Ini 102

Bersempena promosi Lazada 12.12 nanti, realme Malaysia telah mengumumkan tawaran hebat untuk realme 5 varian 4GB + 128GB yang akan dijual pada harga hanya RM649 berbanding harga asal RM799. Untuk menikmati penjimatan sebanyak RM150 ini, anda boleh memilikinya secara eksklusif di Lazada pada 12 Disember 2019 (12 tengah malam – 2 pagi).

realme 5 dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 665 AIE (11nm), dioperasikan dengan ColorOS 6 berasaskan Android 9.0 Pie, sokongan tiga slot kad, skrin 6.5 inci IPS LCD HD+, kuad kamera beresolusi 12MP + 8MP (Wide Angle) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth sensor), kamera depan 13MP, dan juga bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan microUSB 10W.

Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Crystal Blue dan Crystal Purple, promosi realme 5 4GB + 128GB berharga RM649 ini boleh dimiliki secara eksklusif hanya di Lazada.

Baca juga:

[Ulasan] realme 5 Hadir Dengan Kombinasi Skrin, Bateri Dan Ruang Storan BESAR!!!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend