realme 5 Terima Kemas Kini Yang Menjanjikan Penggambaran Lebih Baik Dalam Persekitaran Gelap Comments Off on realme 5 Terima Kemas Kini Yang Menjanjikan Penggambaran Lebih Baik Dalam Persekitaran Gelap 263

Seperti yang telah kami kongsikan, realme 5 dalam varian 3GB + 64GB yang dijual pada harga RM599 sudahpun boleh dipra-tempah bermula semalam. Jadi bagi anda yang telah membuat tempahan untuk memiliki peranti ini, kami sarankan anda untuk terlebih dahulu memeriksa sama ada telah menerima kemas kini baharu ataupun tidak.

Ini kerana realme baru-baru ini telah mula melepaskan kemas kini baharu untuk realme 5 yang mana akan memperbaiki isu pengambilan gambar di dalam persekitaran yang gelap. Melalui percubaan kami, hasil gambar yang diambil dalam persekitaran gelap kelihatan jauh lebih cerah selepas peranti ini dikemaskinikan dengan versi baharu.

Kemas kini bersaiz lebih 800MB ini turut menawarkan pelbagai penambahbaikan pada kameranya seperti mengoptimumkan efek kamera pada aplikasi pihak ketiga, memperbaiki efek kecantikan, dan juga mengoptimumkan efek warna. Kemas kini baharu ini juga mempertingkatkan kestabilan sistem serta tahap keterangan LED Flash, dan juga sokongan keselamatan Android bulan September 2019.

  • Beli realme 5 dan realme 5 Pro secara eksklusif di Lazada

Baca juga:

Miliki realme 5 Pro Dan realme 5 Sempena Jualan Lazada 10.10 Dengan Hadiah Percuma Eksklusif

[Ulasan] realme 5 Pro, Telefon Pintar Dengan Sokongan Empat Kamera Pertama Daripada realme

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend