realme 5 Terima Kemas Kini Baharu Bulan November Untuk Mengatasi Isu Skrin Sentuh Tidak Responsif Comments Off on realme 5 Terima Kemas Kini Baharu Bulan November Untuk Mengatasi Isu Skrin Sentuh Tidak Responsif

Sebelum ini terdapat segelintir pemilik realme 5 telah melaporkan berhadapan dengan isu skrin tidak responsif apabila disambungkan ke fon telinga. Perkara ini sememangnya agak mengganggu terutamanya bagi pengguna yang menggunakannya untuk memainkan permainan mudah alih.

Menyedari akan isu tersebut, realme telahpun mula menawarkan ketersediaan kemas kini baharu untuk realme 5 yang memperbaiki isu skrin tidak responsif apabila disambungkan ke fon telinga. Selain itu kemas kini OTA sebesar kurang 300MB ini juga akan turut memperbaiki isu auto reboot.

Berdasarkan log perubahan untuk kemas kini versi RMX1911EX_11_A.20, ia turut menawarkan tampalan keselamatan Android untuk bulan November 2019, dan juga tambahan ikon pantas untuk mod gelap pada ruangan pusat notifikasi.

Manakala untuk model realme 5s pula, kemas kini ini akan mempertingkatkan fokus auto pada kamera, dan dalam masa yang sama mengoptimumkan efek kemerahan pada hasil gambar apabila mod potret diambil.

Baca juga:

realme 5 Varian 4GB + 128GB Ditawarkan Pada Harga RM649, Hanya Di Lazada Pada 12 Disember Ini

[Ulasan] realme 5 Hadir Dengan Kombinasi Skrin, Bateri Dan Ruang Storan BESAR!!!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend