realme 5, realme 3 Dan realme 2 Pro Sudah Mula Menerima Kemas Kini Dengan Mod Gelap Comments Off on realme 5, realme 3 Dan realme 2 Pro Sudah Mula Menerima Kemas Kini Dengan Mod Gelap

Penantian untuk menerima kemas kini terbaharu dengan sokongan mod gelap untuk realme 5, realme 3/3i dan realme 2 Pro akhirnya sudahpun terjawab apabila realme dilihat sudah mula mengumumkan ketersediaan kemas kini tersebut.

Selain memperkenalkan mod gelap, realme 5 akan turut menerima pelbagai fungsi baharu seperti sokongan rakaman video sudut luas, penambahbaikan penggambaran gelap pada kamera utama, menyokong penukaran font di Theme Store, dan juga memperbaiki isu bateri tidak boleh dicas penuh.

Log perubahan kemas kini untuk realme 5

Manakala realme 3/3i dan realme 2 Pro pula akan menerima mod gelap, rekaan baharu pada ruangan notifikasi, fungsi Clone Apps yang boleh menyokong lebih banyak aplikasi pihak ketiga, dan banyak lagi.

Walaubagaimana realme 5 dilihat hanya menerima tampalan keselamatan untuk bulan Oktober 2019, berbanding bulan November 2019 untuk realme 3/3i dan juga realme 2 Pro.

This slideshow requires JavaScript.

Buat masa ini kemas kini versi baharu untuk keempat-empat model ini sudahpun diterima oleh pengguna di India, dan ia dijangka akan diterima oleh pengguna tempatan dalam masa terdekat ini.

sumber

Baca juga:

[Tips] Dah Tak Sabar Nak Guna Mod Gelap Pada realme 5 Pro?! Kami Ada Caranya…

realme 5 Pro Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan Mod Gelap Dan Rakaman Video Sudut Lebar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend