realme 5 Pro Terima Kemas Kini Dengan Fungsi Penukaran Font Dan Butang Pintas Pengaktifan Mod Gelap Comments Off on realme 5 Pro Terima Kemas Kini Dengan Fungsi Penukaran Font Dan Butang Pintas Pengaktifan Mod Gelap

Baru semalam kami kongsikan tentang sokongan fungsi untuk menutup lambakan notifikasi cadangan aplikasi dan tema pada peranti realme. Kini pemilik peranti realme 5 Pro di India sudahpun dilaporkan mula menerima kemas kini versi RMX1971EX_11_A.15 bermula semalam.

Berikut adalah fungsi menarik yang telah diperkenalkan untuk realme 5 Pro melalui kemas kini baharu ini:

  • Clone Apps kini menyokong lebih banyak aplikasi pihak ketiga seperti Twitter, Facebook, Facebook Messengger, Instagram, dan Telegram.

  • Anda boleh mengaktifkan lampu LED apabila menerima panggilan masuk ketika peranti dikunci. Untuk pengaktifan anda boleh mengakses Dialer → Settings → Flash on Call.

  • Pengaktifan/nyahaktif mod gelap boleh diakses dengan lebih mudah dan cepat melalui penyediaan butang khas di ruangan notifikasi. Anda boleh memasukkan butang ‘Dark Mode’ ke ruangan notifikasi dengan cara berikut: Akses ruangan notifikasi → klik pada simbol ‘Edit’ → sentuh dan leret ikon ‘Dark Mode’ ke ruangan notifikasi.

  • Kini anda boleh menukar jenis font dengan lebih mudah melalui penyediaan menu ‘Font’ di dalam aplikasi Theme Store.

Selain itu, kemas kini baharu ini juga turut menyokong tampalan keselamatan Android untuk bulan Disember 2019, dan juga mengatasi pelbagai isu termasuklah kebarangkalian terjadinya crashed apabila ikon disentuh lama untuk mengosongkan penggunaan storan. Malah algoritma kamera depan juga telah diperbaiki bagi mengatasi isu tanda hitam apabila gambar nightscape diambil.

Memandangkan penerimaan kemas kini akan diterima secara berperingkat-peringkat, anda boleh memuat turun fail kemas kini bersaiz 2.82GB secara manual melalui laman rasmi realme.

Baca juga:

[Tips] Dah Tak Sabar Nak Guna Mod Gelap Pada realme 5 Pro?! Kami Ada Caranya…

[Ulasan] realme 5 Pro, Telefon Pintar Dengan Sokongan Empat Kamera Pertama Daripada realme

realme Akan Perkenal Fungsi Untuk Menutup Notifikasi Cadangan Aplikasi Atau Tema Pada ColorOS

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend