realme 5 Pro Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan Mod Gelap Dan Rakaman Video Sudut Lebar Comments Off on realme 5 Pro Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan Mod Gelap Dan Rakaman Video Sudut Lebar 183

Jika sebelum realme sudah mula memperkenalkan kemas kini ColorOS 6 yang baharu untuk model realme 5, kini model realme 5 Pro juga dilaporkan sudah mula menerima kemas kini untuk bulan Oktober bermula hari ini.

Melalui pengumuman yang dibuat melalui laman rasmi komuniti realme, kemas kini baharu untuk realme 5 Pro ini akan menyokong versi RMX1971EX_11.A.11 (versi semasa RMX1971EX_11.A.07). Berdasarkan log perubahan yang telah dikongsikan, realme 5 Pro akan menyokong fungsi mod gelap, tampalan keselamatan Android bulan Oktober 2019, rakaman video menggunakan lensa lebar dan banyak lagi.

realme 5 Pro dengan sokongan kuad kamera menampilkan rekaan kemasan kristal pada panel belakangnya.

Kemas kini ini akan diberikan menggunakan kaedah OTA (Over-The-Air) dan ia akan diterima secara berperingkat-peringkat. Jadi nantikan sahaja penerimaan notifikasi kemas kini ColorOS ini pada peranti realme 5 Pro ini dalam masa terdekat.

  • Beli realme 5 dan realme 5 Pro secara eksklusif di Lazada

sumber

Baca juga:

OPPO Dilaporkan Sedang Membangunkan Kemas Kini ColorOS Dengan Sokongan Mod Gelap

[Ulasan] realme 5 Pro, Telefon Pintar Dengan Sokongan Empat Kamera Pertama Daripada realme

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend