realme 5 Dan realme 5 Pro Dengan Kuad Kamera Rasmi Pada Harga Bermula Daripada RM599 Comments Off on realme 5 Dan realme 5 Pro Dengan Kuad Kamera Rasmi Pada Harga Bermula Daripada RM599 392

Seperti yang dinantikan, realme Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi dua model terbaharunya iaitu realme 5 dan realme 5 Pro untuk pasaran tempatan. Menariknya kedua-dua model ini merupakan peranti pertama realme menyokong teknologi kuad kamera.


realme 5 telah dikuasakan dengan Snapdragon 665 AIE (11nm), dan ia hadir dengan dua varian memori iaitu 3GB + 64GB dan juga 4GB + 128GB. Dilengkapi skrin berukuran 6.5 inci HD+, realme 5 turut didatangkan dengan bateri besar berkapasiti 5000mAh menggunakan sambungan pengecasan microUSB 10W.

Manakala realme 5 Pro pula dikuasakan dengan cipset 10nm daripada Snapdragon 712 AIE. Ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 8GB + 128GB, realme 5 pro turut menyokong skrin FHD+ berukuran 6.3 inci, bateri 4035mAh, dan juga teknologi pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0 20W pada sambungan port USB Type-C.

Dari segi keupayaan penggambaran, kedua-dua model ini menyokong teknologi kuad kamera. realme 5 memiliki konfigurasi kamera 12MP + 8MP (Ultra Wide Angle) +2MP (Potrait) + 2MP (Macro), manakala realme 5 Pro pula memiliki konfigurasi kamera 48MP (Sony IMX586) + 8MP (Ultra Wide Angle) +2MP (Potrait) + 2MP (Macro).


realme 5 hadir dalam dua warna pilihan iaitu Crystal Blue dan Crystal Purple, manakala realme 5 Pro pula tersedia dalam warna Crystal Green dan Sparkling Blue.

Harga dan Ketersediaan:

  • realme 5
    • 3GB + 64GB – RM599
    • 4GB + 128GB – RM799
    • Jualan bermula 17 Oktober 2019
    • Jualan eksklusif online di Lazada

  • realme 5 Pro
    • 8GB + 128GB – RM1,099
    • Jualan bermula 10 Oktober 2019
    • Jualan eksklusif online di Lazada

Pra-tempah realme 5 Pro kini sudah boleh dibuat bermula hari ini (3 Oktober 2019) hingga 11 Oktober 2019 dengan bayaran deposit sebanyak RM100. Istimewanya seramai 30 pembeli terawal yang datang mengambil peranti pada hari pertama jualan di kedai realme terpilih akan menerima rebat tunai segera bernilai RM100.

Menariknya pembelian realme 5 Pro di Lazada pada hari promosi Lazada 10.10 akan turut menerima earphone Alan Walker eredisi terhad.

  • Pra-tempah realme 5 Pro secara eksklusif di Lazada
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend