Realme 5 / 5 Pro Akan Dilancarkan Minggu Hadapan, Menyertakan Kuad-kamera, Paparan AMOLED Comments Off on Realme 5 / 5 Pro Akan Dilancarkan Minggu Hadapan, Menyertakan Kuad-kamera, Paparan AMOLED 187

Realme telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan majlis pelancaran pada minggu hadapan, 20 Ogos 2019 yang mana akan memperlihatkan peranti terbaru iaitu siri Realme 5.

Selain tarikh dan masa, poster pelancaran juga turut menunjukkan peranti bakal hadir dengan sistem kuad-kamera. Ia merupakan tingkat taraf besar yang dilakukan pada siri peranti ini memandangkan Realme 3 dan Realme 3 Pro hanya menyertakan sistem dwi-kamera sahaja.

Selain daripada kamera, seorang peniris yang boleh dipercayai juga mendakwa peranti ini bakal menyertakan cip pemproses Snapdragon 712, paparan bertakuk titisan air berteknologi AMOLED dengan pengimbas cap jari bawah skrin, serta sensor 48MP di kamera utama.

Dengan hanya lebih kurang tujuh hari lagi, kita bakal melihat spesifikasi penuh untuk peranti ini. Selepas dilancarkan di India kelak, ia mungkin akan menembusi pasaran luar seperti Malaysia tidak lama selepas itu memandangkan jualan generasi terdahulu agak memberansangkan di sini.

Baca juga:

[Ulasan] Realme 3 Pro, Musuh Kepada Peranti Kelas Pertengahan Lain

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend