Realme 3i Akan Dilancarkan Minggu Hadapan Dengan Paparan Sebesar 6.22-inci Comments Off on Realme 3i Akan Dilancarkan Minggu Hadapan Dengan Paparan Sebesar 6.22-inci 293

Realme telah mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan peranti terbaru, Realme 3i pada minggu hadapan, 15 Julai 2019. Seperti biasa, sedikit demi sedikit info mengenai peranti dikongsikan kepada umum.

Terkini, Realme India telah memuat naik poster memperlihatkan skrin peranti. Realme 3i akan tiba dengan paparan 6.22-inci beresolusi HD+ 1520 x 720p dengan rekaan takuk titisan air. Sungguhpun peranti ini merupakan versi ringan, Realme berjaya memberikan saiz bezel yang nipis kepada pengguna.

Selain daripada itu, menurut ujian penanda aras yang tertiris sebelum ini, Realme 3i dipercayai akan dikuasakan cipset MediaTek Helio P60 dan bateri sebesar 4,230mAh.

Apa yang membezakan ia dengan Realme 3 adalah daripada segi rekaan panel belakang. Realme 3i hadir dengan corak potongan berlian yang dikemaskan dengan warna dua tona.

Apa-apapun kita tunggu sehingga pelancaran rasmi dalam masa terdekat ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend