Realme 3 Pro Telah Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada April 2019 Nanti Comments Off on Realme 3 Pro Telah Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada April 2019 Nanti

Realme 3 telahpun dilancarkan secara rasmi di India dan model ini disasarkan untuk segmen pasaran telefon pintar kelas permulaan. Sebagaimana yang kami kongsikan sebelum ini, Realme 3 Pro ternyata tidak diperkenalkan serentak dengan model Realme 3 pada hari ini.

Namun di akhir majlis pelancaran itu, Realme telah mengesahkan bahawa model Realme 3 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada April 2019 nanti. Walau bagaimanapun buat masa ini Realme tidak pula mendedahkan tarikh spesifik untuk mereka melancarkan model tersebut buat pertama kalinya kepada umum.

 

Apa yang pasti, Realme telah memaklumkan bahawa Realme 3 Pro akan menyokong spesifikasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan model Redmi Note 7 yang juga baru diperkenalkan

Baca juga:

Realme 3 Dengan Skrin 6.2 Inci HD+, Android Pie Dan Bateri 4230 mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Redmi Note 7 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 675 Dan Sensor Kamera 48MP Sony IMX586

Realme 3 Pro Dengan Pengecasan Pantas Mungkin Akan Dilancarkan Bersama Realme 3 Pada 4 Mac

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend