Realme 3 Pro Sah Akan Dilancarkan Pada 22 April 2019 Nanti Comments Off on Realme 3 Pro Sah Akan Dilancarkan Pada 22 April 2019 Nanti

Sekiranya anda sudah tidak sabar-sabar untuk menantikan kemunculan Realme 3 Pro, akhirnya penantian itu bakal berakhir apabila CEO Realme di India iaitu Madhav Sheth telah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk peranti terbaharunya itu.

Pendedahan yang dibuat melalui akaun Twitter itu telah mengesahkan bahawa Realme 3 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Delhi Universiti, India, pada 22 April 2019 nanti. Jika Realme 3 membawakan slogan ‘Power Your Style’, Realme 3 Pro ini pula menyokong slogan ‘Speed Awakens’ yang jelas merujuk kepada prestasinya.

Berdasarkan khabar angin yang diterima sebelum ini, Realme 3 Pro dipercayai akan dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 710, sensor kamera utama daripada Sony IMX519, menyokong teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0, dan juga akan ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu 4GB + 32GB, 4GB + 64GB dan juga 6GB + 64GB.

Baca juga:

Realme 3 Pro Dikhabarkan Akan Dikuasakan Oleh Snapdragon 710, Kamera Sony IMX519 dan 6GB RAM

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend