realme 3 Pro Mula Terima Kemas Kini realme UI Berasaskan Android 10 Comments Off on realme 3 Pro Mula Terima Kemas Kini realme UI Berasaskan Android 10

Seperti yang telah dijanjikan oleh realme pada tahun lepas, realme 3 Pro dan realme XT akan menjadi telefon pintar pertama keluarannya yang akan menerima kemas kini Android 10 versi stabil.

Melalui blog komuniti realme, pemilik realme 3 Pro di India kini sudahpun menerima kemas kini versi RMX1851EX_11_C.01 bermula hari ini. Selain hadir dengan sokongan Android 10, ia turut menampilkan pembaharuan antaramuka realme UI yang lebih menarik dan efisien.

Selain itu menyokong navigasi skrin penuh daripada Android 10, kemas kini ini turut mengoptimumkan kawalan gestures pada skrin, fungsi rakaman skrin dengan fungsi jeda (pause), interaksi visual dan animasi yang baharu untuk Game Space, antaramuka kamera yang dioptimumkan dan banyak lagi.

Berdasarkan perkongsian daripada pengguna yang telah menerimanya, kemas kini berasaskan Android 10 ini hadir dengan fail sebesar 3.52GB. Malah ketersediaan kemas kini ini juga akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend