Realme 3 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM899 Comments Off on Realme 3 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM899 574

Selepas hampir dua bulan Realme 3 dilancarkan di Malaysia, kini tiba giliran Realme 3 Pro pula diperkenalkan kepada pasaran tempatan. Telefon pintar ini menawarkan spesifikasi kelas pertengahan yang dikatakan lebih baik berbanding Realme 3.

Realme 3 Pro didatangkan dengan dua varian iaitu 4GB+64GB dan 6GB+128GB yang mana kedua-duanya berkongsi spesifikasi yang sama. Ia dipadankan bersama skrin 6.3-inci FHD+, cipset Qualcomm Snapdragon 710, bateri 4,045mAh dengan sokongan VOOC 3.0, serta dwi kamera belakang 16MP f/1.7 + 5MP f/2.4 disamping kamera depan 25MP f/2.0.


Realme 3 Pro ditawarkan dalam dua pilihan warna Nitro Blue dan Lightning Purple. Masing-masing membawa tanda harga RM899 (4GB+64GB) dan RM1,099 (6GB+128GB) seunit.

Telefon pintar ini boleh didapati di Shopee dan Lazada mulai 15 Mei 2019 dan kedai-kedai sah bermula 18 Mei 2019.

Baca juga:

Realme 3 Pro Dilancarkan Dengan Sokongan Snapdragon 710, Bateri 4045 mAh dan HyperBoost 2.0

170,000 Unit Realme 3 Pro Berjaya Dijual Dalam Tempoh Lapan Minit Dalam Jualan Pertamanya Di India

Hasil Gambar Malam Menggunakan Realme 3 Pro Dengan Sensor Sony IMX519 Dikongsikan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend