Realme 3 Pro Dikhabarkan Akan Dikuasakan Oleh Snapdragon 710, Kamera Sony IMX519 dan 6GB RAM Comments Off on Realme 3 Pro Dikhabarkan Akan Dikuasakan Oleh Snapdragon 710, Kamera Sony IMX519 dan 6GB RAM

Sebagaimana yang telah didedahkan sebelum ini, Realme 3 Pro disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan April ini di India. Bahkan pihak Realme sendiri telah mengumumkan bahawa model terbaharunya itu akan menampilkan sokongan spesifikasi yang lebih baik berbanding Redmi Note 7 Pro.

Menariknya portal IndiaShopps baru-baru ini telah mendedahkan beberapa spesifikasi awal yang dikhabarkan akan disokong oleh Realme 3 Pro. Menurut maklumat yang dikongsikan oleh sumber dan juga penganalisa, Realme 3 Pro telah disahkan akan hadir dalam rekaan kerangka yang diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi.

Realme 3 Pro dikatakan akan menjanjikan spesifikasi yang lebih baik berbanding Redmi Note 7 Pro.

Realme 3 Pro juga disahkan akan menyokong teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 daripada OPPO, yang mana mampu mengecas bateri sehingga 75% dalam tempoh hanya 25 minit sahaja. Namun begitu, kapasiti yang disokong tidak pula didedahkan buat masa ini. Selain itu, Realme 3 Pro juga akan turut dilengkapi dengan sensor Sony IMX519 yang turut digunakan pada model OnePlus 6T.

Dari segi prestasi pula, ia akan dikuasakan oleh cipset lapan teras daripada Qualcomm Snapdragon 710 dengan menggunakan teras Kryo 360 sama seperti yang digunakan pada Snapdragon 845. Manakala dari segi storan pula, ia menyokong tiga varian berbeza iaitu 4GB + 32GB, 4GB + 64GB dan juga 6GB + 64GB.

Realme 3 Pro dipercayai akan dilancarkan secara rasmi pada minggu ke-3 bulan April 2019 nanti.

Realme 3 Pro juga telah disahkan akan tampil dalam tiga warna pilihan, dan berkemungkinan besar akan dilancarkan secara rasmi pada minggu ketiga bulan April 2019 nanti.

Tonton video buka kotak Realme 3:

sumber

Baca juga:

8 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Realme 3?!

Realme 3 Pro Telah Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada April 2019 Nanti

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend