Realme 3 Pro Antara Model Yang Akan Terima Diskaun Sehingga RM200 Sempena Jualan Lazada 9.9 Comments Off on Realme 3 Pro Antara Model Yang Akan Terima Diskaun Sehingga RM200 Sempena Jualan Lazada 9.9

Realme Malaysia selaku jenama teknologi global hari ini telah mengumumkan tawaran istimewa eksklusif sempena jualan Lazada 9.9 yang akan berlangsung pada 9 September 2019 nanti. Melalui kempen ‘Chup Dulu’, anda hanya perlu membayar deposit sebanyak RM69.90 bermula 28 Ogos hingga 8 September 2019 untuk menikmati diskaun RM200 untuk model Realme 3 Pro 4GB + 64GB.

Dijual pada harga rasmi RM899, anda yang telah meletakkan deposit hanya perlu membayar baki sebanyak RM629.10 untuk memiliki peranti tersebut. Bagi yang tidak sempat membuat bayaran deposit pada tempoh yang ditetapkan, anda masih boleh menikmati tawaran harga istimewa iaitu hanya RM749 (diskaun RM150) untuk memiliki Realme 3 Pro 4GB + 64GB pada hari jualan Lazada 9.9.

Tidak cukup dengan itu, Realme C2 akan turut ditawarkan pada harga istimewa pada 9 September nanti, dan setiap pembelian model ini akan turut diberikan kad microSD secara percuma untuk setiap varian storan berbeza. Manakala Realme 3 pula akan dijual pada harga RM499 (RM599) dan akan turut menerima speaker percuma.

Selain telefon pintar, aksesori dan barangan Realme seperti sarung pelindung Realme 3, baju-T, beg dan juga fon telinga akan turut ditawarkan pada harga diskaun.

Nikmati diskaun dan hadiah percuma secara eksklusif di Lazada pada 9 September 2019:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend