Realme 3 Disahkan Sokong Cipset Helio P70 Dan Dijangka Akan Dilancarkan Mac Nanti Comments Off on Realme 3 Disahkan Sokong Cipset Helio P70 Dan Dijangka Akan Dilancarkan Mac Nanti 584

Selepas berkongsi dua imej acah yang memperlihatkan rekaan panel belakang Realme 3 dengan kemasan potongan berlian di Twitter. Melalui pendedahan gambar itu juga, Realme 3 turut dilihat menggunakan rekaan menegak buat pertama kalinya untuk dwi kameranya berbanding rekaan melintang pada model sebelum ini.

Menariknya CEO Realme sendiri telah mengumumkan bahawa peranti terbaharunya itu akan dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio P70 yang dikhususkan untuk peranti kelas pertengahan. Jika anda masih skeptikal dengan cipset ini, Realme turut mendedahkan Helio P70 (12nm) adalah 30% lebih pantas dan 40% lebih efisien tenaga berbanding cipset Snapdragon 660 (14nm).

Dijangka akan dilancarkan secara rasmi menjelang Mac nanti, Realme 3 juga dikhabarkan akan menyokong kamera beresolusi 48MP. Apa yang pasti, harga jualannya itu nanti sudah tentunya akan ditawarkan pada harga yang kompetitif berbanding pesaingnya.

Baca juga:

Realme Muncul Dengan Imej Acah Dipercayai Realme 3

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend