Realme 3 Dengan Sokongan Kamera 48MP Akan Dilancarkan Pada Suku Pertama 2019 Comments Off on Realme 3 Dengan Sokongan Kamera 48MP Akan Dilancarkan Pada Suku Pertama 2019 883

Realme merupakan sebuah jenama baru yang ditubuhkan untuk memfokuskan kepada pasaran mampu milik, dan dalam masa yang sama menawarkan rekaan yang kelihatan premium untuk pengguna yang inginkan sebuah peranti bajet berkuasa. Malah jenama ini baru sahaja menembusi pasaran Malaysia pada Disember yang lalu dengan penawaran model Realme 2 Pro, Realme 2 dan juga Realme C1.

Apa yang pasti, Realme kini dipercayai sudahpun membangunkan telefon pintar terbarunya dengan model Realme 3. Bahkan CEO Realme India sendiri telah mengesahkan bahawa Realme 3 akan diumumkan dalam masa terdekat iaitu pada suku pertama tahun 2019 nanti (Januari hingga Mac).

Melalui pendedahan itu lagi, beliau turut berkongsi bahawa Realme juga kini sedang membangunkan sebuah telefon pintar dengan sokongan kamera 48MP. Walaupun tidak dinyatakan model mana yang akan menyokong sensor kamera tersebut, ada kemungkinan ia akan diperkenalkan pada Realme 3 itu nanti.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend