Realme 3 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia Pada 21 Mac 2019 Nanti Comments Off on Realme 3 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia Pada 21 Mac 2019 Nanti

Realme 3 baru sahaja dilancarkan buat pertama kalinya di India pada awal minggu yang lalu iaitu 4 Mac 2019, dan nampaknya peminat Realme tempatan tidak perlu menunggu lama apabila ia bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 21 Mac 2019 nanti.

Realme 3 untuk pasaran di India telah dikuasakan dengan pemproses Helio P70 (12nm), manakala untuk pasaran global yang lain ia telah disahkan akan dioperasikan dengan pemproses Helio P60 (12nm). Spesifikasi lain yang disokong termasuklah skrin 6.2 inci HD+ (1520 x 720 piksel), hadir dengan dua pilihan storan iaitu 3GB + 32GB atau 4GB + 64GB dan juga bateri berkapasiti 4230 mAh.

Realme 3 telah dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Mac 2019 ini.

Untuk penggambaran, Realme 3 menyokong kamera depan 13MP dan dwi kamera utama beresolusi 13MP + 2MP. Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Dynamic Black, Radiant Blue dan Classic Black, harga dan ketersediaan jualan Realme 3 untuk pasaran tempatan akan didedahkan pada 21 Mac 2019 depan.

Baca juga:

Realme 3 Dengan Skrin 6.2 Inci HD+, Android Pie Dan Bateri 4230 mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend